JALAN BERMUJAHADAH

DIMANA BUMI DIPIJAK,DISITU ISLAM DIJUNJUNG. SESUNGGUHNYA BERMUJAHADAH ITU PAHIT,TETAPI HASILNYA MANIS.

Tip Disiplinkan Diri

  •  
  • SENARAIKAN SEMUA USAHA ke arah pncapaian mtlmt anda mgikut keutamaan.Kmudian,plih 5-10 yg tratas &laksanakn.Anda dkirasudah brdisiplin skiranya dpt mlaksanakn lbh dpd 5 langkh yg pling utama.
  •  LEKATKAN POSTER,COGANKATA atau kta2 yg mnjelaskn mtlmt anda itu dtmpt2 yg mudah diliht.Jgn malu,isytiharkn kpd dunia tntg apa yg anda akn capai.Yg pntg "pgisytiharan" itu akn mdorong anda stp kali anda mlihatnya.
  • TETAPKAN APA YANG ANDA INGIN lakukan stiap hr.Amalkn prancgn mingguan&harian yg tratur.Usah biarkn hari2 brlalu "sepi" tnpa pncapaian2 kcil ke arah mtlmt bsar anda.Ingat,sedikit2 lama2 jadi bukit.
  • SETIAP PERKARA PENTING yg hendak anda laksanakn hndklh dtulis tarikh akhirnya.Ini akn mbrikn semcm 1 kpuasan & kmenangn apabila tarikh akhir itu brjaya ditepati.Anda akn rasakn matlamat yg dikejar smakin mndekat hari ke hari.
  • BAGI SATU TUGASAN YANG TERLALU SUKAR atau mbosankan (tetapi sngt pntg),elokkan mulakan scr brdikit2.Jgn mnunggu ksempurnaan utk mlakukan krn ini akn mjerumuskn anda kpd 1 keadaan "tdk brbuat apa2".Ingtlh,rasa tdk slesa smasa mlakukn aktiviti2 trsebut adalh lbh baik dpd rasa risau,takut dan kesal skiranya anda tdk mlakukannya langsung!
  • GUNAKAN MASA YANG PALING OPTIMUM dlm hidup sharian anda utk mlakukan tugas2 yg pling pntg.Dan ingt,jgn trus brgelumang ke bahagian2 yg trsukar,sbaliknya mulakan pd bahagian2 yg lbih mudah dulu.Ini akn mbrikan anda smacm satu "momentum' utk mnakluki bhgn2 trsukar dlm tgasan pling mncabar.
  • AMALKAN DIALOG DIRI YANG POSITIF.Pandg tinggi diri anda slalu dgn brkata, "Aku Boleh.Aku boleh brjaya krn aku adalh org yg brdisiplin."Jgn trpengaruh dgn kata2 ngatif sama ada yg dtg rd dlm diri anda sendiri atau dpd org luar yg x mbina!
  • JANJIKAN SATU MASA  UNTUK MERAIKAN KEJAYAAN ANDA sekiranya anda brjaya mlaksanakn tugas2 sukar dlm hidup.Misalnya,mnikmati mkanan istimewa dtmpt2 yg anda sukai slepas mlaksanakn tugas2 besar.Katakn kpd diri,"Skiranya aku berajaya mnyelesaikn tugas ini,aku akn blanja diriku mkn "the best nasi Beriyani in town!".
SUMBER:SOLUSI 5

Bismillahirrahmaanirrahim...

Jodoh Pertemuan urusan Tuhan.Murnikan niat dan terus berikhtiar merupakan kewajipan insan,muhasabah dan perbaikilah kelemahan,agar pasanganmu Allah dekatkan.

Tajuk hangat yang sering menjadi topik perbualan dalam kalangan remaja ialah soal jodoh.Aspek yang paling popular antara titik bengik jodoh ialah kenapa sukar mencari jodoh.

Antara faktor yang utama ialah:

1.JODOH BELUM SAMPAI
Sejak azali lagi Allah telah mentakdirkan urusan hidup,jodoh pertemuan dan kematian kita.Kesukaran mencari jodoh selepas puas berusaha mungkin kerana belum sampai masanya untuk kita bertemu jodoh dalam perkiraan Allah.Kita hendaklah berbaik sangka dengan Allah dalam hal ini dan jangan sesekali berputus asa untuk terus berusaha. 
"JODOH DITANGAN TUHAN DAN MANUSIA BERIKHTIAR MENCARI DAN MEMILIHNYA SESUAI DENGAN KETENTUAN YANG DITETAPKAN TUHAN".

2.CARA TEPAT MEMAHAMI QADAK DAN QADAR
Syed Sabiq dalam kitabnya al-Aqa'id al-Islamiyyah menulis,Imam al-Khattabi menulis"Ramai ornag mengira qadak dan qadar sebagai pemaksaan Allah ke atas hambaNYA dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah.Sebenarnya pandangan seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara.Pengetahuan Allah berkenaan sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu".

3.HATI TIDAK FOKUS
Fokus adalah doa.Jodoh tidak akan sampai jika kita asyik fokus kepada benda lain.Contohnya orang yang fokus kepada kerja,siang malam keja sehingga mengabaikan orang yang berpotensi untuk dijadikan bakal pasangan.Bagi seseorang yangg betul-betul bersedia hendak brkahwin,fokuskan hati untuk mencari jodoh yang sebenar dengan bersungguh-sungguh.

4.BELUM BERSEDIA
Orang yang kurang mampu dari segi ekonomi,fizikal dan mental biasanya kurang bersedia untuk berumah tangga.Positifkan fikiran daripada terlalu memikirkan risiko.

5.TERLALU MEMILIH
Tidak salah memilih kriteria tertentu tetapi jangan terlampau ketat dalam memilih.

6.HATI MASIH TIDAK BERSIH
Orang yang hatinya penuh benci akan menghantar "gelombang benci" kepada orang lain disekitarnya menyebabkan dirinya sering dibenci.Ubatilah hati.Tanamkan kasih sayang kepada semua orang.Jadikan takwa sabagai benteng daripada membiarkan perasaan dendam menguasai diri.Suburkn sifat berbaik sangka.
Rujuklah surah~(surah Ali Imran 3:102) dan (Surah Al-Ahzab 33:70-71)


rujukan:Majalah Solusi no29


p/s: selamat beramal....ayuh menyolehkan diri =)

Tips Bersangka Baik



Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

p/s-smoga kita bersama2 dapat muhasabah diri...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Shalawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulullah, keluarga dan para sahabatnya.

Riya’ merupakan syirik khafi (samar), yakni syirik yang bersifat rahasia,- semoga Allah melindungi kita darinya -. Sedangkan seseorang lebih tahu terhadap dirinya sendiri dibandingkan orang lain dalam masalah ini.

بَلِ الْإِنسَانُ عَلَى نَفْسِهِ بَصِيرَةٌ
Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri.” (QS. Al-Qiyamah: 14)

Maka siapa yang mengintrospeksi dirinya dan merasa diawasi oleh Rabb-Nya dalam keadaan sepi atau ramai, akan selamat dari penyakit yang berbahaya ini. Dan di antara tanda riya yang paling jelas adalah pelakunya sengaja menampakkan amal-amak shalihanya di tengah-tengah manusia dan sengaja membicarakan kebaikan serta ketaatannya untuk mendapatkan pujian dan sanjungan mereka.

Meninggalkan Amal Karena Takut Riya’
Seorang hamba tidak boleh meninggalkan amal hanya karena takut riya’. Itu termasuk jerat-jerat tipu daya setan. Karena setan, pada satu kondisi berusaha menjerumuskan seorang hamba ke dalam riya untuk merusak amalnya. Atau pada kondisi yang lain menipunya dengan meninggalkan amal karena takut riya’ supaya tidak melakukan amal shalih. Padahal dia diperintahkan untuk beramal dan bersungguh-sungguh menjalankan ketaatan dengan berharap ridha Allah dan meninggalkan godaan setan dan tipu dayanya. Maka siapa yang sudah berazam menjalankan satu ibadah lalu meninggalkannya karena takut riya’, sebenarnya dia telah berbuat riya’. Karena dia meninggakan amal karena manusia. Tetapi jika meninggalkannya untuk dikerjakan saat sendirian, maka ini dianjurkan kecuali pada amal-amal wajib.
Meninggalkan amal karena takut riya’ sebenarnya adalah riya’, karena dia meninggakan amal karena manusia.
Terapi Riya’
Terapi untuk menyembuhkan riya’ banyak macamnya. Yang paling utama adalah tekad tulus untuk berhenti dari riya’ dan meninggalkannya. Selanjutnya banyak mengingat hari akhir dan ancaman pedih bagi orang yang berbuat riya’. Seorang hamba harus meyakini bahwa kebaikan dan keburukan ada di tangan Allah Ta’ala. Sementara yang sempurna memujinya dan menghinakannya adalah Allah Ta’ala yang tiada sekutu bagi-Nya. Karena itu hendaknya ia mengintrospeksi dirinya, menghitung aib, kesalahan, dan kekurangannya. Juga memperbanyak ibadah siri (yang bersifat rahasia) seperti shalat malam, bershadaqah dengan sembunyi-sembunyi, dan menangis sendirian karena takut kepada Allah.
Orang yang ingin selamat dari riya’ juga harus meminta tolong kepada Allah Ta’ala untuk merealisasikan keikhlasan dan berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Nabi shallallau 'alaihi wa sallam, yaitu:
اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِك أَنْ أُشْرِكَ بِك وَأَنَا أَعْلَمُ وَأَسْتَغْفِرُك لِمَا لَا أَعْلَمُ
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan syirik (menyekutukan-Mu) sedangkan aku mengetahuinya. Dan aku memohon ampun kepada-Mu terhadap kesyirikan yang tidak aku ketahui." (HR. Ahmad dan Shahih Abi Hatim serta yang lainnya, shahih). Wallahu Ta’ala a’lam.
Orang yang ingin selamat dari riya’ juga harus meminta tolong kepada Allah Ta’ala untuk merealisasikan keikhlasan dan berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Nabi shallallau 'alaihi wa sallam
Semoga shalawat dan salam dilimpahkan kepada Nabi kita Muhammad berserta keluarga dan para sahabatnya. [PurWD/voa-islam.com]

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya... 

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...? 

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta. 

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong. 

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...? 

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya. 

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta... 

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...? 

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan. 

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut. 

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....? 

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya... 

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan....... 

tamat.... 
============== 

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya. 


Jika kamu memancing ikan,
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Janganlah sesekali kamu
LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja,
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .....
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang,
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya,
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja,
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya,
dan janganlah menganggap ia begitu teguh,
cukuplah sekadar keperluanmu.
Apabila sekali ia retak,
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.
Akhirnya ia dibuang.
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa,
Anggaplah dia manusia biasa,
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA,
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA,
apabila dia menjadi milik orang lain,
Kamu juga yang akan MENYESAL....

-
-
-

Nota kaki : Bertabahlah diriku.
Semoga aku terus kuat untuk menempuh hidup ini.
Aku sentiasa mendoakan yang terbaik, untuk kamu, untuk dia, untuk kita.

Menarilah dah terus tertawa..
Walau dunia tak seindah syurga..
Bersyukurlah pada Yang Kuasa..


Man Ana

My photo
seorg muslimah yg mengharap keredhaan Allah agr menjadi insan yg istimewa pd pandanganNYA,seorg zaujah yg menharap redha zauji habibi agar menjadi ketua bidadari d syurga,juga seorng ank yg akn sentiasa berbakti kpd ibu tercinta insyaAllah bertemu semula d syurga serta seorg insan yg dhaif mengharpkan teguran dan bimbingan shbt agar sama2 berpimpin tangan menuju syurga Allah =)

~Zauji Habibi~

Followers


About this blog

Ya Illahi,
tidak pernah kuharapkan,
selain dari keredhaanmu buat diri ini.

Ya Illahi,
Tidak syurgamu yang kuingini,
Setelah kini ku sedari,

Segala yang kulakukan tiada yang sempurna,
Kerana Engkau yang Maha Sempurna,
Bagaimana mungkin aku mampu melakukan yang terbaik,
Sedangkan yang kulihat dalam segenap wajah,
Engkaulah yang Maha Wujud, Maha Ada,
Bagaimana mungkin ku mengharapkan pahala,
Sedang Engkau yang memiliki ku dan segenap gerakku,
Segalanya atas izin-Mu,
Maka siapakah aku untuk mengatakan aku layak ke syurga-Mu.

Ya Illahi,
Engkau jauh lebih indah dari apa yang ku lukiskan dalam kehidupanku tentang keindahan-Mu,
Bagaimana mungkin aku mampu menggapai-Mu Ya Allah,
Bagaimana mungkin cinta-Mu bertakhta dihati ini,

Sedang cintaku kepada keindahan nafsuku,
Tidak pernah sedikit pun mampu ku hindari,
Maha Suci Engkau Ya Allah,
Jauh Maha Tinggi dari segala kerendahan yang kami pamerkan kepada-Mu.

Maha Benar Engkau Ya Rabbi,
Benar syurga itu indah,
Tapi Maha Indah lagi Engkau Ya Rabbi,
Maha Indah hinggakan aku tidak perlu menginginkan syurga-Mu di sana,
Sedang di dunia ini sudah terhampar segala keindahan-Mu,
Adakah perlu aku mendustakan-Mu,
Mereka menyangka dengan melihat syurga-Mu di sana, mereka akan bahagia,
Bagaimana mungkin Ya Rabbi, sedang hakikat syurga dan neraka itu ada di sini,
Segalanya ada di sini,
Cuma hati ini yg buta dari melihat hakiki.

Andai diri ini,
Tidak mampu mendapat pandangan-Mu walau sesaat,
Tidak layak untuk mendapat kasih sayang dan cinta-Mu,
Maka aku mohon kepada-Mu,
Andai tiada syurga buatku sekalipun,
Izinkan aku menjadi butiran debu yg melekat di kaki kekasih-Mu Muhammad kelak,
Menemani Rasullulah ke mana pun kakinya berjalan di syurga-Mu,
Itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi,
Sudah cukup membahagiakan ku.

Sungguh tidak pernah ku harapkan apa-apa selain dari-Mu,
Selain dari pandangan-Mu, pandanglah aku walau sesaat,
Kerna itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi

~halwa~

Kata Hatimu

NURUL HUSNA
NNaif
UUntung
RRamah
UUlung
LLemah-lembut
HHarum
UUtuh
SSuci
NNaif
AAmanah
Apa ada pada nama?

~bercinta krn Allah~

~bercinta krn Allah~

  • "apabila berlakunya musibah, hadapilah dengan tabah dan pasrah, ambillah darinya segala 'ibrah (pengajaran), jadikanlah ianya sebagai khibrah (pengalaman), buat bekalan menempuh hayah (kehidupan), agar selamat dunia dan akhirah"