Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia.

Pertama, ilmu pengetahuan. Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan. ilmu yang diajar dan diamalkan secara berterusan adalah amal jariah yang paling berguna untuk dinikmati hasilnya secara berpanjangan.

Kedua, amalan, Membazir jika dilakukan dengan hati yg tidak ikhlas hanya kerana Allah. Keihlasan penting dalam apa jua pekerjaan agar hasil yang didapati adalah sempurna.

Ketiga, kekayaan. Membazir jika dibelanjakan pada perkara yg tidak bermanfaat dan diredhai Allah.

Keempat, hati. Membazir jika kosong rasa kasih sayang kepada Allah. Semoga kita sentiasa berada dalam kurnia kasih sayang Allah dan sebagai hamba selayaknya kita lebih dahulu dan sentiasa kasih kepada Allah.

Kelima, tubuh badan. Membazir jika tidak menggunakan tubuh badan yang sihat untuk bekerja dan beribadat kepada Allah. Sekadar menggunakan tubuh untuk riadah dan mengebaikan ibadah, ia sememangna satu pembaziran dan juga satu perbuatan yang tidak bijak serta boleh mengundang murka Allah Taala.

Keenam, cinta. Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya. Cinta yang teragung adalah cinta kepada sang Pencipta. Memang jelas membazir menyintai manusia manusia melebihi cinta kepada-Nya. Ini kerana manusia mudah berubah, kadang-kadang terlalu cinta kepada seseorang boleh menyebabkan lara, sebaliknya menyintai Allah kita akan tetap dalam rahmat-Nya.

Ketujuh, masa. Membazir jika tidak diurus dengan baik. Urus masa yang ada dengan sebaik-baiknya, sebab soal baik dan buruk selalu diukur pada penghujungnya. Seseorang yang terkenal dan mulia pada mulanya belum tentu mulia pada penghujungnya, jika dia tidak benar-benar menjaga peribadinya. Dan selalunya penghujung ini lebih sukar untuk dipelihara. Sebagai langkah pencegahan usah bazirkan masa yang terluang kerana masa yang terbazir adalah usia yang dipersia-sia.

Kelapan, akal. Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama. Orang yang berjaya adalah orang yang dapat menguasai dunianya serta membuat persediaan untuk akhirat. Untuk ini, dia menggunakan akalnya untuk menuju kesitu tanpa berdolak-dalik.

Kesembilan, zikir. Membazir jika ia tidak memberi kesan pada hati. Lakukan zikir dengan ikhlas agar dapat memberi ketenangan yang diperlukan dalam menjalani hidup yang penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran ini.

Bersamalah kita renung-renungkan dan ambil aktibar.