1.Laksanakan solat ketika engkau mendengar azan,walaupun ketika itu engkau sibuk
2.Bacalah Al-Quran serta semak betul-betul bacaan dan berzikirlah kepada Allah.Jangan biarkan waktu berlalu tanpa sebarang manfaat.
3.Belajarlah dan berlatihlah bersungguh-sungguh untuk mampu bertutur dengan bahasa Arab,kerana itu merupakansalah satu syiar Islam.
4.Jangan sering berdebat dalam sesuatu perkara,kerana hal itu tidak akan membawa kebaikan.
5.Jangan banyak ketawa,kerana yang mudah dekat dengan Allah ialah hati yang tenang dan tenteram.
6.Jangan banyak bergurau.Umat yang berjaya tidak menegnal permainan kecuali kesungguhan.
7.Jangan banyak bercakap melebihi keperluan,kerana perkara itu boleh mengganggu pendengaran.
8.Jauhilah kebiasaan memperkatakan hal orang lain dan janganlah mengatakan yang buruk kecuali kebaikan.
9.Kenalilah setiap orang yang engkau jumpa ,sekalipun dia sendiri acuh tak acuh.Sebab dasar dakwah kita adalah cinta,kasih dan saling mengenali.
10.Kewajipanmu jauh lebih banyak daripada waktumu.Kerana itu bantu-membantulah antara satu sama lain untuk memanfaatkan waktu demi waktu itu.
p/s...smoga smua mujahidah dan mujahidin bantu membantu dalam gerak perjuangan ini...
0 comments:
Post a Comment