Bismillahirrahmaanirrahim...

Jodoh Pertemuan urusan Tuhan.Murnikan niat dan terus berikhtiar merupakan kewajipan insan,muhasabah dan perbaikilah kelemahan,agar pasanganmu Allah dekatkan.

Tajuk hangat yang sering menjadi topik perbualan dalam kalangan remaja ialah soal jodoh.Aspek yang paling popular antara titik bengik jodoh ialah kenapa sukar mencari jodoh.

Antara faktor yang utama ialah:

1.JODOH BELUM SAMPAI
Sejak azali lagi Allah telah mentakdirkan urusan hidup,jodoh pertemuan dan kematian kita.Kesukaran mencari jodoh selepas puas berusaha mungkin kerana belum sampai masanya untuk kita bertemu jodoh dalam perkiraan Allah.Kita hendaklah berbaik sangka dengan Allah dalam hal ini dan jangan sesekali berputus asa untuk terus berusaha. 
"JODOH DITANGAN TUHAN DAN MANUSIA BERIKHTIAR MENCARI DAN MEMILIHNYA SESUAI DENGAN KETENTUAN YANG DITETAPKAN TUHAN".

2.CARA TEPAT MEMAHAMI QADAK DAN QADAR
Syed Sabiq dalam kitabnya al-Aqa'id al-Islamiyyah menulis,Imam al-Khattabi menulis"Ramai ornag mengira qadak dan qadar sebagai pemaksaan Allah ke atas hambaNYA dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah.Sebenarnya pandangan seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara.Pengetahuan Allah berkenaan sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu".

3.HATI TIDAK FOKUS
Fokus adalah doa.Jodoh tidak akan sampai jika kita asyik fokus kepada benda lain.Contohnya orang yang fokus kepada kerja,siang malam keja sehingga mengabaikan orang yang berpotensi untuk dijadikan bakal pasangan.Bagi seseorang yangg betul-betul bersedia hendak brkahwin,fokuskan hati untuk mencari jodoh yang sebenar dengan bersungguh-sungguh.

4.BELUM BERSEDIA
Orang yang kurang mampu dari segi ekonomi,fizikal dan mental biasanya kurang bersedia untuk berumah tangga.Positifkan fikiran daripada terlalu memikirkan risiko.

5.TERLALU MEMILIH
Tidak salah memilih kriteria tertentu tetapi jangan terlampau ketat dalam memilih.

6.HATI MASIH TIDAK BERSIH
Orang yang hatinya penuh benci akan menghantar "gelombang benci" kepada orang lain disekitarnya menyebabkan dirinya sering dibenci.Ubatilah hati.Tanamkan kasih sayang kepada semua orang.Jadikan takwa sabagai benteng daripada membiarkan perasaan dendam menguasai diri.Suburkn sifat berbaik sangka.
Rujuklah surah~(surah Ali Imran 3:102) dan (Surah Al-Ahzab 33:70-71)


rujukan:Majalah Solusi no29


p/s: selamat beramal....ayuh menyolehkan diri =)