Kuserahkan segalanya pada ketentuan
biarlah masa berbicara di pangku wajah yang layu
Dan aku pun telah jemu menatap masalah
yang hinggap di pintu berselang-seli

Aku tidak mahu berpaling
pada yang menggangu dan menggugat
sapanya meletihkan
hadirnya mengundang penat

Telah kuserahkan hati ini
bukan lagi pada manusia yang mengaku cinta
kerana cinta mertabat itu
bersalut segunung palsu

Dan aku pun semakin tidak peduli
apa yang mahu terjadi
kerana gerak dan tindakku mahu bebas
pada gugatan masalah

Aku adalah aku yang sekarang
biar terbuang tetap berjuang
tetap kedepan walaupun datang...
godaan kasih yang kutakuti kan hilang

Kuserahkan jiwa ini pada perjuangan
biarlah dimedan itu segalanya terjadi

Aku yang sekarang 
adalah aku yang berjuang!


pahrol mohd juoi