Salam...beberapa hari sibuk dengan program dan semalam alhamdulillah..kafarat dosa...ana demam.Hari ni alhamdulillah ana diberi rezeki lagi olehNYA yg maha pengasih utk menjenguk teratak ana yg daif ini..alhamdulillah..syukur padaNYA..sedang ana mencari2 jwpn kpd soalan hati  dan selalu digelarkan bidadari oleh orang yang tersayang...ana trjumpa kata2 yg indah ini drpd blog seorg sahabiah...dengan suka citanya...ana kongsikan disini buat inspirasi memuhasabahkan diri ^__~ semoga bermanfaat...


Ya Allah,
Mampukah aku menjadi seorang perempuan yang kuat hatinya?
Mampukah aku ingin menjadi bidadari terindah syurga?
Menjadi yang solehah di dunia??..
Sedangkan aku sangat ingin menjadi seperti itu…

Kuatkanlah aku ya Rabb,
Jauhkanlah aku dari kemaksiatan hati yang sentiasa memujuk jiwa,
Ampunilah dosa-dosa ku ya Allah,
Sungguh, cinta Mu terlalu agung lagi berharga buat diri ini..

Aku percaya,
Disetiap kesunyianku,
Kau menemaniku….
Disetiap kegelisahanku,
Kau memujukku…
Sepenuh cinta tiada henti Kau hamparkan padaku…

Kau mencintaiku,
Seperti mana aku melapangkan tirai hatiku untuk mencintai Mu ya Allah..

Ya Rabbana,
Jauhkanlah aku dari kesepian yang menyendiri,
Berikanlah aku seladang hamparan tabah untuk melalui hidup ini,
Supaya hati ku tidak pernah sepi dari bisikan cinta Mu yang syahdu menyiram bunga hati..


Kau hiasilah malam-malam ku,
Saat aku berdiri dan terbaring lesu,
Saat air mata membanjir lalu melimpah dari empangan kalbu,
Saat hati ku berkecamuk hebat tiada tara menahan rindu,
Kau hiasilah malam-malam ku,
Dengan pengabdian diri pemecah sunyi itu..

Ya Allah,
Jika aku pergi dengan berjuta kelalaian,
Sehingga ia tidak mampu tergaris lagi di antara kedua ufuk itu,
Kau ingatilah aku,
Dengan ujian dan cubaan,
Kerana aku tahu,
Dan Kau juga tahu,
Hamba Mu yang lemah tiada daya ini,
Sering mengharap pada Mu,
Ketika hatinya diselubungi syahdu…

  ~semoga diri yang lemah ini mampu dicemburui bidadari2 di syurga sana~