ibu yang mendengar. Jika aku gagal. Aku akan kehilangannya buat selama-lamanya.
Apakah cinta itu sebenarnya? Bagaimana Islam memandang cinta?
Bagaimana pula jika cinta telah menghampiri kita?
Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu boleh disimpulkan al Mahabbah sebagai luapan hati dan gelojak rindu ketika diselubungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih.Cinta boleh membawa sengsara namun boleh juga membawa
bahagia. Ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta itu.
Islam memandang cinta terhadap berlainan jenis dalam 3 perspektif :
1. Menyintainya kerana Allah (mendekatkan diri pada Allah dan
mentaatiNya) . Ini termasuk cinta yang bermanfaat. Contohnya cinta
suami isteri yang bernikah untuk menjaga dirinya dari perkara
maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti sunnah Rasulullah
menyambung generasi pejuang.
2. Cinta yang mendatangkan murka Allah. Lebih kita kenali sebagai
cinta kerana nafsu berahi. Cinta inilah yang memalingkan kita dari
Allah, membuat kita lupa akanNya dan mendorong untuk melanggar
syariatNya.
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan di antara manusia ada orang yang mengangkat sesembahan selain
Allah, mereka mencintai sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-
orang beriman sangat cintanya pada Allah. Dan Allah tidak akan
menunjuki orang-orang fasik." ( al-Baqarah :65)
3. Cinta yang mubah (harus), adalah cinta yang tidak ada unsur
kesengajaan. Misalnya `cinta pandang pertama' yang tidak sampai kita
membuat maksiat kepada Allah. Kita merahsiakannya dan menahan diri
kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang.
Jadi bagaimana kita menanggapi dan mengurus perasaan cinta yang
menghampiri kita?Mana mampu kita hendak menolak cinta yang datangnya
tanpa diundang. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan
dibendung cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya
mengikut kehendak syariat. Perasaan `cinta suci remaja' memang biasa
diucapkan. Cuma dalam hal ini syaitan memainkan peranan dalam
menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan Allah. Memang
adat bercinta semuanya mendakwa cinta mereka ikhlas dan suci murni
tetapi syaitan memainkan peranannya sehingga tidak kita sedari ia
banyak melanggar larangan Allah.
Ingatlah bahawa setiap yang haram itu adalah haram walau apa keadaan
sekalipun cuma kita yang kadang-kadang cuba `menghalalkannya' dengan
membuat pelbagai alasan, itu dan ini. Di sisi Allah ia adalah satu
dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.
Apa kata kita lihat hadis Rasulullah ini dalam sunah Ibni Majah :
"Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai
kecuali nikah"
Apa? Nikah?!!, Tidak mungkin... sekolah pun belum habis, bagaimana
nak bernikah?
Marilah kita lihat apa yang dikatakan pencipta kita :
"Janganlah kalian dekati zina..." (al Isra':32)
" Ah, terlalu ekstrim! Takkanlah bercinta dianggap mendekati zina?"
Tapi bukankah kita pernah dengar sabda Rasulullah:
"Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita… Tidaklah
bersendirian diri dengan seorang wanita kecuali ketiganya syaitan…"
(hari Tabrani).
" Kedua tangan juga dapat berzina dan zinanya adalah menyentuh dan
kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju tempat
maksiat) dan mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman" (hari.
Muslim dan Abu Daud)
Anakku, kamu seorang remaja Muslim yang baik, tidak akan berdalih
lagi untuk mengelak dari perkataan Allah dan RasulNya. Mampukah
anakku tidak berdalih lagi? Umpamanya kerana kasihan, kerana ingin
mendakwahinya, kerana boleh menasihatinya, kerana mencari rakan
diskusi intelek, dan sebagainya.
"Jadi mama, apa penyelesaiannya? "
Bagi anakku yang sudah jatuh cinta, rasakan cintamu dalam hati,
berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan
diri dengan sesuatu yang bermanfaat. Tahanlah dirimu dari hal-hal
yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan dan
membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah
menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas batas pergaulan.
Peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini
menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan
kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu. Apabila
tiba masanya nanti, apabila jodohmu ada insyaAllah kamu akan
ditemukan dalam hubungan yang diredhai Allah.
Pun begitu perhatikanlah juga perkara-perkara di bawah ini agar
hatimu tidak mudah menjadi rawan :
1. Tundukkan pandanganmu dari perkara-perkara yang boleh menaikkan
nafsu. Ataupun janganlah merenung kaum berlawanan jenis (an Nur:30-
31)
2. Hindari berdua-duaan dan ikhtilat (campur gaul tanpa batasan).
Elakkan berinteraksi dengan bukan mahram dengan perkara-perkara
kurang penting yang melalaikan.
3. Hindari dari menonton filem atau drama atau cerita cinta yang
mengasyikkan dan mengghairahkan nafsu.
4. Hindari bacaan/novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda
dengan perangkap cinta palsu.
5. Hindari lagu-lagu cinta kerana boleh melemahkan hati dan
memendekkan cita-cita.
6. Sibukkan dengan mengaji dan berzikir. Bergaullah dengan kawan-
kawan yang baik kerana kadang-kadang hati kita kalah kepada `cinta'
ini kerana kebodohan kita terhadap ilmu agama dan lemahnya iman kita.
7. Apabila kita telah mempunyai seorang `teman akrab', cukuplah
kiranya kita fahami maksud firman Allah:
"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit kedua
tangannya seraya berkata "Aduhai kiranya dulu aku mengambil jalan
bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku. Kiranya aku dulu
tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku (kekasihku).
Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku al-Quran ketika al-Quran
telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong
manusia" (al-Furqan"27- 29).
Maka janganlah kita menyesal dikemudian hari kerana terlanjur
mengambil seorang `teman akrab' yang kononnya menyintai kita.
8. Puasalah untuk meredam perasaan nafsu dan rindu. Ingatlah firman
Allah yang bermaksud: "Adapun orang-orang yang takut kepada
kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan nafsunya maka
sesungguhnya syurgalah tempatnya" (an-Naziat:40- 41).
9. Bernikah sahajalah jika sudah benar-benar mampu dari segi
fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu.
"Aduhai mama, susahnya!"
Boleh jika kamu mahu, jangan bersedih. Syurga itu kan lebih indah..
Dalam sabda Rasulullah juga bersabda bahwa jika kita meninggalkan
sesuatu yang disukai manusia tapi dibenci Allah maka Allah akan
mencukupkan diri kita dari sesuatu yang kita perlukan.Alangkah
baiknya Allah, sanggupkah kita mengkhianatiNya? Bukankah Dia yang
telah mencipta dan memelihara kita selama ini? Tidakkah Dia lebih
baik dan sesuai, maka pantas untuk dicintai?
Rasulullah bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga ia lebih mencintai
Allah daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia"
Siapakah yang dapat menolong kita di hari akhir nanti? Kekasih kita
kah? Tentu tidak. Oleh kerana itu tetaplah tersenyum dan berlapang
dada dalam menghadapi cinta ini. InsyaAllah, Allah akan
menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci
dan soleh/solehah yang bergelar suami/isteri, di dunia dan syurga di
akhirat nanti, insyaAllah..
Namun anakku, jika kamu dan kekasihmu sudah tidak boleh dipisahkan
lagi, cintamu sudah terlalu mencengkam kalbu, tidurmu sudah tidak
lena lagi, makanmu sudah tidak lagi kenyang, mandimu sudah tidak
lagi basah, mama relakan perkahwinanmu. Mama akan aturkan
pernikahanmu secepat mungkin, demi menjaga kesucian syariat dan
memelihara satu rantaian zuriat masa depan yang bersih,suci dan
soleh sepanjang generasi zaman. InsyaAllah.. .
(Sumber : Majalah Perspektif(JIM) Jan/Feb 2005)
0 comments:
Post a Comment