Ahmad dan Ali adalah dua orang sahabat karib dan mereka tinggal berjiran.Kedua-dua mereka hidup dalam kesempitan dan kemiskinan.Setelah seharian berusaha,masing-masing akan berdoa.Begitulah kelaziman mereka berdua.Mereka akan singgah dimasjid setiap kali habis bekerja untuk solat dan berdoa.

"Apa doamu pada hari ini?"tanya Ahmad pada sahabatnya,

"Aku pinta semoga esok hari aku dimurahkan rezeki.Bulan ini perbelanjaanku lebih daripada biasa,"Jawab Ali.

"Doa kau? Ali pula bertanya.

Ahmad cuma tersenyum tanpa berkata apa-apa.

Keesokan hari,Ali memberitahu Ahmad berita gembira.

"Alhamdulillah doa aku semalam dimakbulkan Allah.Majikanku beri bonus pada hari ini."

"Alhamdulillah.Hari ini kau akan berdoa apa pula?" tanya Ahmad

"Aku berdoa moga isteriku selamat bersalin."jawab Ali

Mereka berdua pun masuk kedalam masjid,mengerjakan solat dan masing-masing berdoa.

Sejurus usai berdoa,Ali bertanya, "Kau pula berdoa untuk apa hari ini?"

Ahmad senyum.Masih tiada jawapan.

Beberapa hari kemudian Ali memberitahu berita gembira.

"Syukur isteriku selamat bersalin malam tadi.Nampaknya doaku makbul,Mad."

"Tahniah ,Ali."

"Aku berdoa juga agar anakku selamat."kata Ahmad dengan wajah muram.

"Kenapa dengan anak kau?"

"Anakku yang bongsu sakit,Ali.Keadaannya amat membimbangkan."

"InsyaAllah,kau doalah kuat-kuat sikit.Minta anakmu selamat,"kata Ali

Beberapa hari kemudian,mereka berbual seusai solat seperti biasanya.

"Bagaimana dengan anak kau?"tanya Ali.

"Macam itu juga.Sudah beberapa hari tapi keadaannya cuma bertambah baik sikit sahaja."

"Doa banyak lagi Ahmad.Aku tidak sangka doaku sangat makbul.Hampir setiap yang aku doakan mustajab.Tapi kau...."kata Ali

"Kenapa dengan aku?"

"Mad,aku lihat doamu tidak mustajab."

Ahmad tersenyum.Melihat Ahmad tersenyum,Ali semakin hairan lalu bertanya lagi,"Aku hairan,doa kau tidak makbul tapi kau masih boleh tersenyum?"

"Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah.Syukur alhamdulillah."

"Doa yang mana?Sebab aku lihat tidak ada apa-apa perubahan pada kau."

"Doaku sejak dulu hanya untuk kau ,sahabatku.Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan kepadaNYA!"



PENGAJARAN:
~doa kita utk shbt,saudara mara & org lain sngt tngi nilainya d sisi Allah.Apatah lg jika kta brdoa tnopa pengetahuan org yg kta doakan.Itulh keikhlasan.Sygnya,ia jarang dibuat oleh kita.Manusia slalu memetingkn diri,skalipun dlm doanya kpd Allah.

sumber:solusi isu22