Kalau kita minta jawapan kepada kebanyakan orang jawapannya hampir sama sahaja
Jawapannya itu ialah untuk hendak menunaikan tuntutan naluri semulajadi
Atau hendak menunaikan tuntutan biologi, kalau tidak
sepi atau tidak bahagia dalam hidup ini atau tidak ada hiburan.
Kalau jawapan ini jadi pegangan ramai orang maka tujuan berkahwin itu sudah terlalu sempit dan bernilai murahan
Tujuan itu secara tidak disedari manusia telah menjatuhkan taraf dirinya kepada haiwan
Kerana haiwan berkahwin kerana bertujuan ini juga,
sama-sama tidak ada cita-cita masa depan dan lebih global
Kalau itulah tujuan berkahwin itu sekiranya tujuan itu terbantut,
ertinya maksud perkahwinan itu temafi atau batal
Apabila temafi atau terbatal, hilanglah bahagia, tidak adalah hiburan
Seperti sakit, keuzuran tuntutan batin yang tidak diduga, setelah tua
Orang mukmin yang sejati, yang takut dan cintakan Tuhan faham maksud perkahwinan, berpandangan jauh, berjiwa besar, bersifat global
Tujuan perkahwinan lebih jauh daripada yang dinyatakan
Inginkan mengikut Sunnah Nabi, menghiburkan Rasul ingin mendapat zuriat yang banyak bertaqwa pula, dapat menyambung perjuangan ibu dan ayahnya agar Islam terus bersambung
Ibu dan ayah dapat pahala hasil perjuangan anak-anaknya
Selain itu suami isteri ada kawan untuk berbincang tentang Tuhan, Islam,
perjuangan Islam, tentang nasib umat Islam
Berbincang tentang ilmu, nasib agama, bangsa dan negara
Orang yang menghayati apa yang telah disebut tadi ia adalah satu hiburan,
kebahagiaan dan kepuasan Tuntutan naluri atau tuntutan biologi itu sudah maklum terjadi sendiri bila rangsangan terjadi ' tapi itu bukan matlamat utama di dalam perkahwinan
Orang yang berkahwin yang mempunyai cita-cita yang besar
terlalu banyak hiburan sebagai suami isteri. Memperkatakan Tuhan, perjuangan, nasib umat Islam itu kebahagiaan dan kepuasan, bahkan satu keindahan
seperti yang telah disebutkan
Jadi kebahagiaan rumahtangga bukan terletak pada tuntutan naluri sahaja
Itu orang tidak ada cita-cita besar, orang yang tidak berpandangan jauh daripada perkahwinan
Cakar harimau tidak payah diajar-ajarkan itu sangat memalukan
Oleh itu jangan dibesar-besarkan, bukan itu matlamat perkahwinan
Mengajar suami isteri semata-mata tuntutan naluri, macam mana, bagaimana,
Ini mengajar orang Islam bercita-cita murahan
Cita-cita Islam dan umat Islam masa depan
Orang yang bertaqwa itulah hiburan, itulah kepuasan, itulah kebahagiaan,
itulah cita-cita umat Islam yang silam di dalam perkahwinan
Mari kita anjakkan paradigma kita tentang memahami perkahwinan
1 comments:
Kahwin itu sunnah para anbiya'. Dalilnya:
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِنْ قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّةً وَمَا كَانَ لِرَسُولٍ أَنْ يَأْتِيَ بِآَيَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ لِكُلِّ أَجَلٍ كِتَابٌ
Post a Comment